Khamis, 24 Mei 2012

Malam Bertaut Kasih

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru, Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak telah  mengadakan majlis Malam Bertaut Kasih di Hotel Seri Malaysia, Air Keroh, Melaka. Seramai lebih kurang 120 orang menghadirinya termasuk guru-guru bersama pasangan juga keluarga, Jawatankuasa PIBG, kakitangan sekolah bersama pasangan dan pengusaha kantin sekolah.

Kelab Guru dan Kakitangan SK Sri Tangkak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Shahruddin bin Jamal bersama jawatankuasanya telah berjaya  mengadakan satu majlis yang amat bermakna dan meriah sekali.  Usaha mereka ini juga telah disokong oleh penyumbang-penyumbang yang telah memberi komitmen menghargai jasa guru-guru.

Keserian majlis lagilah terserlah dengan kejayaan Puan Siti Syakila Nirmala binti Abdullah dan Tuan Haji Mohd. Azlin bin Hashim yang mengacarai majlis.  Kebijaksanaan mereka menerajui majlis membuatkan  para tidak bosan malah tertanya-tanya  acara yang akan dijalankan seterusnya sehingga tamat. 

Majlis penyampaian Anugerah Guru Paling Popular yang dimenangi oleh Puan Nur Suzira binti Ab Wahid mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu....  Penyampaian Hadiah Bertuah juga sentiasa mendapat tepukan gemuruh dengan penerimaan hadiah-hadiah misteri yang tidak disangka-sangka...  Yang paling seronok ialah bila mendengar pembungkus hadiah nak boikot tak mahu membungkus hadiah lagi di tahun hadapan kerana mereka menerima hadiah yang dibungkus-bungkus sahaja... Betapa lucunya reaksi-reaksi spontan para tetamu pada malam itu..

Terima kasih kepada Kelab Guru dan Kakitanagan SK Sri Tangkak, para pnyumbang, dan para tetamu ke Majlis Malam Bertaut.  Tanpa sokongan kalian tidaklah berjaya majlis pada malam itu.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara...

SAMBUTAN HARI GURU

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak amat meriah sekali.  Terpancar kegembiraan guru-guru dan murid-murid serta warga sekolah menyambutnya.  Dimulakan dengan Perhimpunan Pagi Hari Guru di mana para guru dan murid mendengar amanat dan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia,  Pengarah Pelajaran Malaysia wakil PIBG dan juga Tuan Guru Besar,Tuan Haji Mazlan bin Ahmad.

Majlis bertambah maknanya dengan penyampaian hadiah tanda terima kasih murid-murid kepada guru-guru yang mengajarkan pelbagai ilmu kepada mereka.  Wahhh ada yang sampai penuh satu boot kereta..... Begitulah rasa mulianya seorang guru... 

Hari Guru SKST juga diceriakan lagi dengan Solivite Team yang memberi penerangan faedah meminum minuman keluarannya.  Dapat sebotol percuma lagi...  Ada juga yang nakal anak-anak murid ni.. Yalah mana nak cukup dapat satu, nak dapat satu botol lagi kenalah beratur semula.  Walaubagaimanapun perkara ini dapat dihidu oleh guru-guru yang membantu mengagihkan minuman tersebut.. Kalau tidak, ada yang tak cukup satu lori...

Seterusnya Majlis Sambutan Hari Guru disambung lagi dengan acara persembahan murid dan guru.  Wahhh gamat dewan tu dibuatnya.  Hebat-hebat juga guru-guru SKST ni... ada yang memang menyanyi macam pro, ada juga yang salah tune tapi apa-apa pun semua orang sporting...

SELAMAT HARI GURU 
kepada semua guru SKST khasnya dan semua guru di negara ini amnya... Jasamu dikenang.... 

TERIMA KASIH CIKGU..

Selasa, 8 Mei 2012

MARI GOSOK GIGI....

Kerjasama diantara kementerian-kementerian di negara kita banyak membantu didalam perkembangan kehidupan rakyat.  Institusi pendidikan tidak ketinggalan menerima kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan setempat.

Kementerian Kesihatan, di dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan rakyat, menjalankan Program Rawatan Gigi Sekolah.  Doktor dan jururawat akan membentuk pasukan bergerak dan menjalankan tugas mereka untuk satu jangkamasa yang kekadang melebihi seminggu di sesebuah sekolah mengikut kapasiti keperluan dan bilangan murid di sekolah tersebut.

 Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan menerima perkhidmatan ini.  Selain daripada sesi pemeriksaan dan rawatan gigi, murid-murid juga diberi satu sesi Amali Menggosok Gigi Yang Betul.  Kerjasama murid-murid membawa berus gigi, ubat gigi dan gelas untuk sesi pembelajaran ini amat membanggakan.  Suasana sesi amali itu juga memudahkan para jururawat memberi penerangan kepada murid-murid.

Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Payamas, Tangkak kerana telah memberi yang terbaik di sekolah kami.  Semoga usaha ini tetap akan diteruskan ditahun-tahun mendatang...

EW20 PROGRAMME

English Within 20 minutes (EW20)

 This programme is carried out to help the students of Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, Ledang to improve their command of English Language in a fun way. It is conducted by the English Panel of the school headed by Pn Balbir Ng. The students are exposed to the language in various ways to encourage learning in an informal and interactive way



We are happy to see Pn Balbir's  efforts with some assistance from other panel teachers, having a positive impact on the pupils. They show eagerness and a willingness to use the language with confidence.

We hope this programme is able to take the pupils of SKST to a higher level of learning English. 

Isnin, 7 Mei 2012

Kumpulan Nasyid Soutul Furqan merupakan Juara Pertandingan Nasyid Zon Tangkak dan Pemenang Tempat Ketiga Pertandingan Nasyid Daerah Muar/Ledang.  Kumpulan ini dianggotai oleh murid-murid Tahap 2, Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak. Sekali dengar macam Kumpulan nasyid yang popular di tanah air kita gamaknya.  Tahniah kepada Jurulatih-jurulatih Nasyid Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak..

ANAK-ANAK KREATIF

Teruja melihat hasil kerja anak-anak murid yang begitu kreatif sempat juga diambil gambar-gambar lukisan yang ditampal di Ruang Pameran Hasilan Murid.  Rasa positif  seorang guru menyatakan bahawa setiap anak didik yang diajar walau mula dengan bertatih pastinya ada hasil potensinya....

Guru, berdoalah agar anak-anak muridmu akan menjadi individu-individu yang berjaya lebih berjaya daripada seorang guru pencetus, kejayaan, evolusi dan transformasi... 

Tahniah cikgu....






CERAMAH SALAH LAKU JENAYAH

     Pada 2 May 2012, Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak telah berkumpul di dewan sekolah untuk satu ceramah daripada Inspektor Mohd. Nor Khairi bin Dali, Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Ledang.  Ceramah yang berfokus kepada salah laku murid dan kesalahan-kesalahan jenayah yang mungkin dilakukan oleh murid secara atau tidak sengaja.

 

 Untuk mengelakkan berlakunya aktiviti-aktiviti yang kurang sihat  dikalangan anak-anak ini banyak kata nasihat dan contoh hukuman yang ditayangkan dan diterangkan oleh Inspektor Mohd. Nor Khairi.  Semoga usaha-usaha jabatan kerajaan yang berada dipersekitaran sekolah dapat membantu pembentukan anak-anak didik yang baru mula mencari haluan mereka dan yang pasti jika baik dan bagus pencetak maka terbentuklah hasil cetakan yang molek.