Selasa, 8 Mei 2012

MARI GOSOK GIGI....

Kerjasama diantara kementerian-kementerian di negara kita banyak membantu didalam perkembangan kehidupan rakyat.  Institusi pendidikan tidak ketinggalan menerima kerjasama daripada jabatan-jabatan kerajaan setempat.

Kementerian Kesihatan, di dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan rakyat, menjalankan Program Rawatan Gigi Sekolah.  Doktor dan jururawat akan membentuk pasukan bergerak dan menjalankan tugas mereka untuk satu jangkamasa yang kekadang melebihi seminggu di sesebuah sekolah mengikut kapasiti keperluan dan bilangan murid di sekolah tersebut.

 Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan menerima perkhidmatan ini.  Selain daripada sesi pemeriksaan dan rawatan gigi, murid-murid juga diberi satu sesi Amali Menggosok Gigi Yang Betul.  Kerjasama murid-murid membawa berus gigi, ubat gigi dan gelas untuk sesi pembelajaran ini amat membanggakan.  Suasana sesi amali itu juga memudahkan para jururawat memberi penerangan kepada murid-murid.

Terima kasih kepada Pusat Kesihatan Payamas, Tangkak kerana telah memberi yang terbaik di sekolah kami.  Semoga usaha ini tetap akan diteruskan ditahun-tahun mendatang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan