Ahad, 25 Mac 2012

PELANCARAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT 2012

          Perhimpunan pagi hari Isnin 24 Mac 2012 merupakan satu perhimpunan yang amat menarik apabila Kempen Gaya Hidup Sihat dilancarkan d iperingkat Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak.  Encik Raub bin Harron yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad melancarkannya. 


  

Objektif menjalankan kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang menjaga dan meningkatkan kesihatan dan memberi informasi serta tip-tip yang boleh dimanfaatkan untuk penjagaan kesihatan secara maksimum semasa sesi pembelajaran oleh guru.




 Aktiviti-aktiviti yang kan dijalankan sepanjang minggu  adalah Senamrobik, amali menggosok gigi dan membasuh tangan, kuiz bagi tahap 1 dan 2 serta pemeriksaan kekemasan dan kebersihan diri.

Selepas pelancaran dibuat, Acara Senamrobik amat menyeronokkan  dipimpin oleh Puan Zarina binti Hasni dan dibantu oleh guru-guru Panatia Pendidikan Jasmani.  Wah.... pelbagai aksi senaman yang dibuat oleh warga SK Sri Tangkak.  Walaupun sedikit terperanjat badan kerana telah lama tidak bersenam sebegitu rupa, namun peluh yang berjuraian membasahi baju guru-guru dan murid-murid memuaskan hati kami. 


 Semoga usaha seperti ini akan diteruskan dimasa-masa yang akan datang.   Warga SK Sri Tangkak sihat, pencapaian prestasi juga meningkat...

Sabtu, 24 Mac 2012

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK KUIZ DAN PINTAR MATEMATIK ZON TANGKAK 2012

Pertandingan Kokurikulum Akademik Kuiz Matematik dan Pintar Matematik bagi Tahun 2012 di Peringkat Zon Tangkak telah diadakan di SK Sri Tangkak dengan lancarnya pada hari ini 24 Mac 2012.  Pertandingan yang dijalankan adalah merupakan aktiviti Panatia Matematik Zon Tangkak untuk mencari peserta yang berkebolehan untuk menang di Peringkat Daerah Muar yang akan dijalankan pada 12 Mei 2012.  Pertandingan ini juga adalah diantara sekolah-sekolah SK dan juga SJK.

Para ahli jawatankuasa telah menjalankan tugas dengan baik untuk merealisasikan pertandingan ini.  Sokongan sebanyak 23 buah sekolah daripada 24 sekolah di Zon Tangkak menunjukkan bahawa sekolah-sekolah di Zon Tangkak menitikberatkan pengambilan aktiviti ilmiah dikalangan murid-murid mereka. 
 Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak merangkap Pengerusi Panatia Matematik Zon Tangkak, amat teruja dengan persetujuan Yang Berbahagia Datuk Haji Abdull Rahim bin Haji Talib bersama Datin untuk hadir merasmikan acara penutup pertandingan.  Terima kasih juga kepada Tuan Haji Rahiman bin Ngarip kerana turut hadir menyerikan majlis tersebut.

SK Sagil Kampung merupakan Juara Keseluruhan 
bagi kategori SK dan SJKC Chi MIng 1 merupakan juara bagi kategori SJK.  Walaubagaimanapun bukan juara yang dibanggakan tetapi kerjasama dan sokongan semua sekolah di Zon Tangkak merupakan dorongan kepada Jawatankuasa Panatia Zon Tangkak untuk lebih aktif bukan hanya menjalankan aktiviti untuk murid malah akan cuba merancang untuk aktiviti pembugaran guru-guru  pula.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung menjayakan majlis tersebut.  Semoga kejayaan ini akan mendorong kita untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi di masa akan datang...

Khamis, 22 Mac 2012

MESYUARAT GURU KALI KEEMPAT

Mesyuarat Guru kali Keempat telah dijalankan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat1 SK Sri Tangkak.  Pastinya seperti biasa banyak perkara yang diperbincang untuk menentukan pengurusan sekolah dapat berjalan dengan baik.

Guru Besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad membincangkan dengan terperinci mengenai pencapaian murid bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah.  Satu untuk KSSR dan satu lagi untuk masih KBSR.  Walaupun prestasi murid tidak begitu baik untuk separuh semester pertama 2012 ini, namun tuan guru besar amat positif bahawa murid akan mencapai prestasi yang lebih baik apabila mereka menerima bimbingan dan pengajaran kemahiran yang pastinya membolehkan mereka lebih memahami keperluan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan bagi ujian dan penilaian yang mendatang.

Selamat mencuba rakan-rakan guru... Semoga apa jua yang kita usahakan untuk anak-anak didik kita mendapat keredhaan dan dipermudahkan urusannya.... Amiinnn...

Rabu, 21 Mac 2012

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Perkembangan Organisasi

Sekolah ini pada mulanya didirikan di atas sebidang tanah sementara di Jalan Payamas, Tangkak. Bangunan kayu yang beratap nipah ini hanya boleh menampung kira-kira 30 orang murid dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bandar Tangkak. En. Mahmud merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini (1941 - 1920). Pada masa itu murid perempuan tidak digalakkan bersekolah.

Pada tahun 1936 didirikan sebuah bangunan 2 tingkat separuh kekal (batu dan kayu) dan rumah guru di sebelah bangunan lama dikenali sebagai Sekolah Umum Bandar Tangkak. Ketika Perang Dunia Kedua tahun 1942, tentera-tentera Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai markasnya.

Semasa zaman darurat 1948 murid-murid perempuan telah bersekolah di sekolah ini di bawah pentadbiran yang berasingan. Sekolah Perempuan di tingkat atas manakala Sekolah Lelaki di tingkat bawah. Pada tahun 1957 murid-murid perempuan berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Hassan,dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak manakala murid-murid lelaki di sekolah ini dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Tangkak.

Pada tahun 1990 sekolah ini mendapat bangunan tambahan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin yang baru. Terdapat murid lelaki dan perempuan belajar di sekolah ini. Mulai 1 Februari 1995,nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak. Sekolah ini terus berkembang maju di mana jumlah murid sentiasa bertambah pada tahun 2003 sekolah ini telah dinaikkan ke gred A.

Pada 25 Mac 2003 sekolah ini telah menerima satu blok bangunan tambahan 4 tingkat yang baru mempunyai bilik-bilik kemudahan seperti bilik guru,pejabat,bilik mesyuarat,pusat sumber dan bilik muzik yang berhawa dingin. Kemudian pada 2004 sebuah Makmal Komputer telah didirikan.

Pada tahun 2007 didirikan bangunan tambahan 3 tingkat mengandungi bilik-bilik kemudahan dan kelas j-QAF yang dijangka siap pada tahun 2009.