Khamis, 24 Mei 2012

Malam Bertaut Kasih

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru, Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak telah  mengadakan majlis Malam Bertaut Kasih di Hotel Seri Malaysia, Air Keroh, Melaka. Seramai lebih kurang 120 orang menghadirinya termasuk guru-guru bersama pasangan juga keluarga, Jawatankuasa PIBG, kakitangan sekolah bersama pasangan dan pengusaha kantin sekolah.

Kelab Guru dan Kakitangan SK Sri Tangkak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Shahruddin bin Jamal bersama jawatankuasanya telah berjaya  mengadakan satu majlis yang amat bermakna dan meriah sekali.  Usaha mereka ini juga telah disokong oleh penyumbang-penyumbang yang telah memberi komitmen menghargai jasa guru-guru.

Keserian majlis lagilah terserlah dengan kejayaan Puan Siti Syakila Nirmala binti Abdullah dan Tuan Haji Mohd. Azlin bin Hashim yang mengacarai majlis.  Kebijaksanaan mereka menerajui majlis membuatkan  para tidak bosan malah tertanya-tanya  acara yang akan dijalankan seterusnya sehingga tamat. 

Majlis penyampaian Anugerah Guru Paling Popular yang dimenangi oleh Puan Nur Suzira binti Ab Wahid mendapat tepukan gemuruh daripada para tetamu....  Penyampaian Hadiah Bertuah juga sentiasa mendapat tepukan gemuruh dengan penerimaan hadiah-hadiah misteri yang tidak disangka-sangka...  Yang paling seronok ialah bila mendengar pembungkus hadiah nak boikot tak mahu membungkus hadiah lagi di tahun hadapan kerana mereka menerima hadiah yang dibungkus-bungkus sahaja... Betapa lucunya reaksi-reaksi spontan para tetamu pada malam itu..

Terima kasih kepada Kelab Guru dan Kakitanagan SK Sri Tangkak, para pnyumbang, dan para tetamu ke Majlis Malam Bertaut.  Tanpa sokongan kalian tidaklah berjaya majlis pada malam itu.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan