Ahad, 25 Mac 2012

PELANCARAN KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT 2012

          Perhimpunan pagi hari Isnin 24 Mac 2012 merupakan satu perhimpunan yang amat menarik apabila Kempen Gaya Hidup Sihat dilancarkan d iperingkat Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak.  Encik Raub bin Harron yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad melancarkannya. 


  

Objektif menjalankan kempen ini ialah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang menjaga dan meningkatkan kesihatan dan memberi informasi serta tip-tip yang boleh dimanfaatkan untuk penjagaan kesihatan secara maksimum semasa sesi pembelajaran oleh guru.




 Aktiviti-aktiviti yang kan dijalankan sepanjang minggu  adalah Senamrobik, amali menggosok gigi dan membasuh tangan, kuiz bagi tahap 1 dan 2 serta pemeriksaan kekemasan dan kebersihan diri.

Selepas pelancaran dibuat, Acara Senamrobik amat menyeronokkan  dipimpin oleh Puan Zarina binti Hasni dan dibantu oleh guru-guru Panatia Pendidikan Jasmani.  Wah.... pelbagai aksi senaman yang dibuat oleh warga SK Sri Tangkak.  Walaupun sedikit terperanjat badan kerana telah lama tidak bersenam sebegitu rupa, namun peluh yang berjuraian membasahi baju guru-guru dan murid-murid memuaskan hati kami. 


 Semoga usaha seperti ini akan diteruskan dimasa-masa yang akan datang.   Warga SK Sri Tangkak sihat, pencapaian prestasi juga meningkat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan