Rabu, 21 Mac 2012

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Perkembangan Organisasi

Sekolah ini pada mulanya didirikan di atas sebidang tanah sementara di Jalan Payamas, Tangkak. Bangunan kayu yang beratap nipah ini hanya boleh menampung kira-kira 30 orang murid dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bandar Tangkak. En. Mahmud merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini (1941 - 1920). Pada masa itu murid perempuan tidak digalakkan bersekolah.

Pada tahun 1936 didirikan sebuah bangunan 2 tingkat separuh kekal (batu dan kayu) dan rumah guru di sebelah bangunan lama dikenali sebagai Sekolah Umum Bandar Tangkak. Ketika Perang Dunia Kedua tahun 1942, tentera-tentera Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai markasnya.

Semasa zaman darurat 1948 murid-murid perempuan telah bersekolah di sekolah ini di bawah pentadbiran yang berasingan. Sekolah Perempuan di tingkat atas manakala Sekolah Lelaki di tingkat bawah. Pada tahun 1957 murid-murid perempuan berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Hassan,dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak manakala murid-murid lelaki di sekolah ini dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Tangkak.

Pada tahun 1990 sekolah ini mendapat bangunan tambahan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin yang baru. Terdapat murid lelaki dan perempuan belajar di sekolah ini. Mulai 1 Februari 1995,nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak. Sekolah ini terus berkembang maju di mana jumlah murid sentiasa bertambah pada tahun 2003 sekolah ini telah dinaikkan ke gred A.

Pada 25 Mac 2003 sekolah ini telah menerima satu blok bangunan tambahan 4 tingkat yang baru mempunyai bilik-bilik kemudahan seperti bilik guru,pejabat,bilik mesyuarat,pusat sumber dan bilik muzik yang berhawa dingin. Kemudian pada 2004 sebuah Makmal Komputer telah didirikan.

Pada tahun 2007 didirikan bangunan tambahan 3 tingkat mengandungi bilik-bilik kemudahan dan kelas j-QAF yang dijangka siap pada tahun 2009.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan