Ahad, 15 April 2012

5 Tips Menghadapi Peperiksaan


Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara murid-murid yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal murid-murid terima itu sukar? Persoalan itu hanya murid-murid sahaja yang boleh menjawabnya.

Tetapi murid-murid jangan bimbang, di sini ada beberapa tips yang boleh kalian gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh di cuba:

1. Mengulangkaji Pelajaran




1Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu kita  tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan murid-murid selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan kalian.

2. Membuat Persiapan Awal
2.Buatpersiapanawal
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil kita tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu kita akan kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu sesiapa shaja  akan merasa gementar, dada  akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri kita? Pastinya akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan  lupaan sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.

Pastikan kita menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama  pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah  boleh menjawab dengan tenang :)

3. Tidur Awal Dan Rehat Yang Cukuprawaldanrehatsecukupnya
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh  lemah dan tidak bertenaga, keupayaan  untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan,  tidur lebih awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri  akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan  untuk menjawab peperiksaan.

4. Semak Jadual Betul-betul!.Semakjadualbetul-betul!
Adalah sangat-sangat penting  untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan  untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan  terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan ber tanya pada guru  dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan  tiada kesilapan.

5.Berdoa Dan Bertawakkal
5.Berdoadanbertawakal
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang  perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri. Pastikan kita mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika  tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang kita dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.
Kami  berharap artikel ini dapat membantu murid-murid ketika menduduki peperiksaan nanti. Selamat maju jaya diucapkan! InsyaAllah :)

Isnin, 9 April 2012

AKTIVITI KO-KURIKULUM PERMAINAN SKST

Hari ini Kejohanan Bola Jaring MSSD Ledang telah dijalankan mulai semalam, 9 April,2012.  Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut.  Tuah bukan milik kita, namun segala usaha guru-guru dan para jurulatih amat disanjung tinggi di dalam usaha semua sekolah dan para pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang yang bukan hanya di dalam akademik malah bidang kokurikulum dan sahsiah diri.

Kejohanan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kesang Tasik yang selalu menjuarai peringkat daerah dan pernah mewakili Johor.  Semangat juang semua pasukan yang bertanding amat tinggi menunjukkan para pelajar sekolah-sekolah Daerah Ledang amat komited dengan pertandingan-pertandingan kokurikulum dalam bidang permainan, balapan dan padang mahupun akademik.

Dengan berakhirnya kejohanan ini berakhirlah juga aktiviti permainan dan balapan dan padang bagi daerah Ledang.  Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak aktif menyertai kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan di peringkat MSSD dan MSSJ (school based).  Malah Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan menghantar peserta ke peringkat MSSM bagi Tenis dan Skuasy.

Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak juga telah menyertai Kejohanan Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Hoki.  Walaupun Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak menjuarai mana kejohanan namun semua usaha dan pengorbanan para guru dan jurulatih, peserta malah ibubapa diucapkan terima kasih.   Semoga kejayaan akan lebih berpihak kepada pihak sekolah pada tahun-tahun yang mendatang.

Tahniah semua dan teruskan usaha..... Terima kasih...

Khamis, 5 April 2012

BETAPA PRIHATINNYA CIKGU....

Di pagi Jumaat yang sejuk dek hujan renyai-renyai sejak selepas subuh tadi, suasana sekolah terasa begitu nyaman sekali.  Syahdu hati anak-anak Tahun 6 dan guru-guru yang mengajar mereka pabila mendengar kata-kata Penyelaras Tahun 6, Tuan Haji Shahruddin bin Jamal menasihati sebilangan anak-anak Tahun 6 yang masih belum peka akan mereka perlu menduduki UPSR dan mencapai kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, sekolah, negara dan bangsa....  Ahh kalaulah semua anak-anak yang berada di hadapan beliau mendengar kesyahduan kata hatinya alangkah baik sekali.  Pastinya keputusan peperiksaan seterusnya akan bertambah baik seperti yang diharapkan oleh Tuan Guru besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad.

Doa selalu diiring.... Semoga anak-anak Tahun 6 lebih bersemangat untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, mempraktikkan dengan soalan-soalan yang disediakan oleh guru atau menggunakan set-set soalan yang dibeli sendiri.  Semoga tuan-tuan dan ibu-ibu guru yang mengajar mereka tidak patah hati dan terus berusaha untuk menentukan kejayaan mereka.  Memang kekadang kejayaan itu datang sesaja sahaja bergolek di hadapan kita, tetapi kejayan yang lebih manis akan kita rasai setelah segala usaha dan pengorbanan kita lakukan melebihi 100% keupayaan kita. 

Ibubapa merupakan harapan yang perlu menyokong usaha-usaha ini dengan penambahan usaha ke arah pencapaian yang sama.  Kesedaran mereka bukan hanya memotivasikan anak-anak Tahun 6 untuk lebih berusaha juga memberi sinar kepada para guru untuk lebih berusaha membantu dan membimbing.  Perjumpaan dan perbincangan juga amat perlu untuk segala usaha bergerak segandingan....

Apapun, keredhaan Allah s.n.w kita pohonkan agar segala usaha dan kerja kita diberkati seterusnya menghasilkan hasil kejayan yang ranum dan manis dan pastinya menggembirakan semua pihak...

Selasa, 3 April 2012

ALHAMDULILLAH.... SEMOGA TERUS BERJAYA.....


Perhimpunan Mingguan pada hari Isnin 2 April, 2012 memberi banyak berita gembira kepada warga Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, terutama pastinya tuan guru besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad, di atas pencapaian anak-anak didik di sini.  Penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam beberapa pertandingan mengambil masa perhimpunan itu amat menggembirakan.

Penyampaian hadiah dimulakan kepada pemenang-pemenang  Johan dan Naib Johan Pintar Matematik di Pertandingan Kokurikulum Akademik Panatia Matematik Zon Tangkak yang mana telah dijalankan di sekolah ini pada 24 Mac 2012 yang lalu.


Penyampaian seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada Johan Nasyid, Hafazan Lelaki dan Berzanji Lelaki. Majlis diterukan dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Olahraga dan Balapan MSSD Ledang yang telah dijalankan pada 27 hingga 30 Mac yang lalu. Kejayaan Johan bagi acara melontar peluru perempuan 12, Naib Johan untuk 4 x 200m lelaki 12 dan gangsa untuk acara 100m lelaki 12 menjadi cenderamata yang berharga kepada para jurulatih olahraga sekolah khasnya.



Guru besar, Tuan Haji Mazlan bin Ahmad tidak ketinggalan memberi Anugerah Kecemerlangan kepada murid-murid yang berjaya dengan cemerlang semasa Ujian Pengesanan Mac.  2 murid Tahun 6 dan 4 murid Tahun 3 telah menerima anugerah yang diberi khas oleh tuan guru besar sendiri.


Semoga kejayan sentiasa bersama kami..... Amiinnn...