Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara murid-murid yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal murid-murid terima itu sukar? Persoalan itu hanya murid-murid sahaja yang boleh menjawabnya.
Tetapi murid-murid jangan bimbang, di sini ada beberapa tips yang boleh kalian gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh di cuba:
1. Mengulangkaji Pelajaran
1Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu kita tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan murid-murid selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan kalian.
2. Membuat Persiapan Awal
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil kita tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu kita akan kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu sesiapa shaja akan merasa gementar, dada akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri kita? Pastinya akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan lupaan sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan kita menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah boleh menjawab dengan tenang
3. Tidur Awal Dan Rehat Yang Cukupr awal dan rehat secukupnya
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh lemah dan tidak bertenaga, keupayaan untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, tidur lebih awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan untuk menjawab peperiksaan.
4. Semak Jadual Betul-betul!. Semak jadual betul-betul!
Adalah sangat-sangat penting untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan ber tanya pada guru dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan tiada kesilapan.
5.Berdoa Dan Bertawakkal
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri. Pastikan kita mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang kita dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.
Kami berharap artikel ini dapat membantu murid-murid ketika menduduki peperiksaan nanti. Selamat maju jaya diucapkan! InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan