Isnin, 9 April 2012

AKTIVITI KO-KURIKULUM PERMAINAN SKST

Hari ini Kejohanan Bola Jaring MSSD Ledang telah dijalankan mulai semalam, 9 April,2012.  Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut.  Tuah bukan milik kita, namun segala usaha guru-guru dan para jurulatih amat disanjung tinggi di dalam usaha semua sekolah dan para pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang yang bukan hanya di dalam akademik malah bidang kokurikulum dan sahsiah diri.

Kejohanan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kesang Tasik yang selalu menjuarai peringkat daerah dan pernah mewakili Johor.  Semangat juang semua pasukan yang bertanding amat tinggi menunjukkan para pelajar sekolah-sekolah Daerah Ledang amat komited dengan pertandingan-pertandingan kokurikulum dalam bidang permainan, balapan dan padang mahupun akademik.

Dengan berakhirnya kejohanan ini berakhirlah juga aktiviti permainan dan balapan dan padang bagi daerah Ledang.  Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak aktif menyertai kejohanan-kejohanan yang dipertandingkan di peringkat MSSD dan MSSJ (school based).  Malah Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak ketinggalan menghantar peserta ke peringkat MSSM bagi Tenis dan Skuasy.

Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak juga telah menyertai Kejohanan Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Hoki.  Walaupun Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak tidak menjuarai mana kejohanan namun semua usaha dan pengorbanan para guru dan jurulatih, peserta malah ibubapa diucapkan terima kasih.   Semoga kejayaan akan lebih berpihak kepada pihak sekolah pada tahun-tahun yang mendatang.

Tahniah semua dan teruskan usaha..... Terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan