Doa selalu diiring.... Semoga anak-anak Tahun 6 lebih bersemangat untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, mempraktikkan dengan soalan-soalan yang disediakan oleh guru atau menggunakan set-set soalan yang dibeli sendiri. Semoga tuan-tuan dan ibu-ibu guru yang mengajar mereka tidak patah hati dan terus berusaha untuk menentukan kejayaan mereka. Memang kekadang kejayaan itu datang sesaja sahaja bergolek di hadapan kita, tetapi kejayan yang lebih manis akan kita rasai setelah segala usaha dan pengorbanan kita lakukan melebihi 100% keupayaan kita.
Ibubapa merupakan harapan yang perlu menyokong usaha-usaha ini dengan penambahan usaha ke arah pencapaian yang sama. Kesedaran mereka bukan hanya memotivasikan anak-anak Tahun 6 untuk lebih berusaha juga memberi sinar kepada para guru untuk lebih berusaha membantu dan membimbing. Perjumpaan dan perbincangan juga amat perlu untuk segala usaha bergerak segandingan....
Apapun, keredhaan Allah s.n.w kita pohonkan agar segala usaha dan kerja kita diberkati seterusnya menghasilkan hasil kejayan yang ranum dan manis dan pastinya menggembirakan semua pihak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan